May 6, 2012

sedap kena lempang!

Bismillah,
Wahai saudara sesama Islam, lagi-lagi yang baru sahaja "kenal" apa itu Islam, Allah dan Rasul
Saya juga baru kenal istilah-istilah ini
Ya! Tidak tipu dan tidak juga malu mengaku, saya juga mualaf
Yang baru belajar mengenal agama sendiri walaupun sejak dari dalam perut ibu sudah digelar muslim *sigh*
Pernahkah saudara sesama Islam ku ini dilemparkan kata-kata seperti "depan orang berlagak baik" atau "ikut usrah, baca quran bagai tapi perangai..." ㅜㅜ

Saya pernah.
Saya tak salahkan walau siapa yang berkata itu
Dia benar.
Kerana saya hanya hamba Allah yang jahil lagi kerdil
Hamba ini yang hari-harinya dipenuhi dosa
Hamba ini juga tidak mampu mengaplikasi apa yang dibelajar dalam bulatan usrah ke kehidupan harian
Hamba ini penuh kelemahan, penuh rasa marah ㅜㅠ


Jadi mana salahnya kata-kata yang dilemparkan di atas?
Rasa macam kena lempang! Sakitnya bukan fizikal tetapi terus menusuk ke hati
Mungkin ini cara Allah tegur saya *terima kasih ya Sang Pencipta*
Zahirkan hanya perkara baik-baik kerana saya ialah duta!
Di bumi KOREA ini bukannya ramai orang Islam, tapi rata-rata orang berbangsa Korea ini tahu saya orang ISLAM! bangga tak? Sudah tentu saya bangga! tak perlu buka mulut, mereka tahu saya ISLAM!

Zahirkan perkara baik, zahirkan perkara baik zahirkan perkara baik!
Zahirkan melalui cara berpakaian, cara bercakap, cara bergaul, semua semua semua!
Allah ㅜㅜ malunya ㅠㅠ tiada satu pon aspek di atas yang boleh dapat full mark ㅜ_________ㅜ
Tapi sungguh, untuk menzahirkan sesuatu yang baik, perlulah mula dari dalam
Percayalah saya sedang me'repair' hati
Kerana hati itu nadi! hati itu enjin penggerak semua naluri
Saya sedang berusaha! :') *doakan, ya?*

No comments: