Sep 9, 2012

gembira

Bismillah,

Untuk jadi gembira, kita sanggup buat macam-macam
Ada yang ketawa untuk tampak gembira,
ada yang cari hiburan untuk gembirakan hati,
ada yang gembirakan orang lain untuk ceriakan hati sendiri :)
ada juga yang pura-pura gembira supaya tiada yang tahu apa di sebaliknya

Ya benar, banyak cara untuk kita berasa gembira
Persoalannya, adakah kita benar-benar gembira?

Tanya pada saya,
gembira itu datang apabila saya usai berdoa kepada Allah, dalam selemah-lemah keadaan, penuh pengharapan, diiringi airmata :')

Kenapa saya rasa gembira ketika itu?
Cubalah!
Hati yang terasa ringan dan tenang sudah semestinya mampu berasa GEMBIRA! ^^

Percayalah, sudah berkali-kali saya kecewa kerana airmata sudah tidak sudi menemani saya ketika saya berdoa
Pada waktu itu, Allah sahaja tahu betapa kecewanya saya
Kecewa kerana, airmata penyesalan itu juga kurniaan hasil ehsan Dia!
Kalau saya tidak mampu menangis menyesali perbuatan sehari-hari saya, itu tandanya saya sudah sedikit jauh dariNya ㅜㅜ

"mereka yang jauh dariNya terdiri dalam golongan orang-orang yang rugi"

Tak mahu! Saya tak mahu berdiri dalam golongan orang yang rugi! TIDAK!

Ketahuilah bahawa,
hati yang tidak mampu menangis ketika berdoa kepada Allah,barangkali ianya telah kering. Berdoalah supaya mampu menangis kembali

Cubalah. Mudahan kita dapat menikmati nikmat 'gembira' itu bersama-sama :)