Aug 18, 2012

kami seadanya

Bismillah
inilah cerita kami
cerita mengenai saya,ibu,abah,kakak dan abang
yang kemudiannya disinari kisah riang anak-anak saudara yang manis belaka

saya akui, cerita "KAMI" tidak segah cerita yang lain
kami hidup serba sederhana
diajar erti payah mencari rezeki,diasak mengenai kisah perlunya berusaha mendapatkan apa yang diingini dengan usaha sendiri
ya..KAMI ini memang hidupnya bersederhana
kerana dahulunya kehidupan kami bukanlah dihiasi 'intan permata'
Alhamdulillah,walau Allah tidak limpahkan kami dengan kemewahan wang ringgit, tempat kediaman bak istana,kenderaan mahal, perhiasan yang tidak terhingga,
tapi Allah iringi kami dengan rasa syukur dengan apa yang ada,
Allah kurniakan semangat kental untuk berusaha mencapai apa yang tidak tercapai,
Allah ajar kami supaya sentiasa menghargai apa yang ada..
kerana jika kemewahan dunia itu sahaja yang kami miliki, siapa tahu "KAMI" yang bagaimanakah yang telah terbentuk hari ini

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah
Dalam kediaman yang pada sesetengah orang, serba tidak lengkap, mungkin? KAMI mampu bergelak ketawa setelah bergaduh sesama sendiri
Kami mampu berbaik tanpa perlu bertentang mata mengucap maaf
Kami mampu melupakan apa saja perkara perit setiap kali bertemu
Itulah KAMI :)


Kepada yong(panggilan kepada kakak sulungku), ngah(kakak kedua), kakak(kakak ketiga) dan Ap(satu-satunya abangku),
We have gone through a lot
Stick with each other, we will be just fine
I love you Lillahi Taala <3
Allah telah beri salah satu RahmatNya kepadaku dengan adanya kamu semua bersamaku ^^
*perasan tak,whenever we gather together, there will always be more laughter than anything else.. Keep it that way,okay? I always miss those moments when I'm alone

Kepada ibu,
There is just not enough word in this world to show you how much I love you
Be your "loudspeaker", that is the least I can do whenever I'm around you, to keep you from noticing the cold silence =)

Kepada abah,
Jangan risau..InsyaAllah abah tidak keseorangan
Moga doa-doa KAMI semua sampai menyejukkan abah di sana :)
보고싶다 :')