May 16, 2012

sangkaan Dia

Bismillah
kakak naqibah saya cakap
"Sangkaan Allah itu juga sangkaan hambaNya terhadap Dia. Kalau sayang itu yang kita harapkan dari Dia, maka InsyaAllah sayanglah Dia kepada kita..jika sebaliknya, maka boleh jadi Allah juga begitu"

Saya tak mahu Allah tak sayang saya
tapi bagaimana kalau hati asyik cakap yang Allah akan abaikan saya sebab saya banyak berdOsa?
Allah tak akan mahu bantu saya lagi sebab saya banyak kecewakan Dia?
So many questions inside my tiny head messing with my little heart ㅜ_____ㅜ
Saya pernah janji dengan Dia, tapi saya juga pernah mungkir janji tersebut
berkali-kali
boleh lihat bagaimana serabutnya keadaan diri ini sekarang?

Semua orang memberi pandangan yang sama;
"Dear Mira, syaitan is messing with yOur head"
mungkin betul..
Syaitan itu nak saya berputus asa dengan rahmat Allah
Syaitan itu nak saya berhenti bersangkan baik dengan Sang Pencipta
Syaitan tak pernah penat menyesatkan manusia, kan?

kata seorang sahabat baik;
"Do not over stressed yourself..even if it is true that HE doesn't help you now, it is simply because HE wants you to be stronger"

I hope sO~
Cumanya rasa takut itu melebihi rasa yakin :'(

p/s: i dont want to live on this planet anymoreee it is so frustrating *sobs*


May 6, 2012

sedap kena lempang!

Bismillah,
Wahai saudara sesama Islam, lagi-lagi yang baru sahaja "kenal" apa itu Islam, Allah dan Rasul
Saya juga baru kenal istilah-istilah ini
Ya! Tidak tipu dan tidak juga malu mengaku, saya juga mualaf
Yang baru belajar mengenal agama sendiri walaupun sejak dari dalam perut ibu sudah digelar muslim *sigh*
Pernahkah saudara sesama Islam ku ini dilemparkan kata-kata seperti "depan orang berlagak baik" atau "ikut usrah, baca quran bagai tapi perangai..." ㅜㅜ

Saya pernah.
Saya tak salahkan walau siapa yang berkata itu
Dia benar.
Kerana saya hanya hamba Allah yang jahil lagi kerdil
Hamba ini yang hari-harinya dipenuhi dosa
Hamba ini juga tidak mampu mengaplikasi apa yang dibelajar dalam bulatan usrah ke kehidupan harian
Hamba ini penuh kelemahan, penuh rasa marah ㅜㅠ


Jadi mana salahnya kata-kata yang dilemparkan di atas?
Rasa macam kena lempang! Sakitnya bukan fizikal tetapi terus menusuk ke hati
Mungkin ini cara Allah tegur saya *terima kasih ya Sang Pencipta*
Zahirkan hanya perkara baik-baik kerana saya ialah duta!
Di bumi KOREA ini bukannya ramai orang Islam, tapi rata-rata orang berbangsa Korea ini tahu saya orang ISLAM! bangga tak? Sudah tentu saya bangga! tak perlu buka mulut, mereka tahu saya ISLAM!

Zahirkan perkara baik, zahirkan perkara baik zahirkan perkara baik!
Zahirkan melalui cara berpakaian, cara bercakap, cara bergaul, semua semua semua!
Allah ㅜㅜ malunya ㅠㅠ tiada satu pon aspek di atas yang boleh dapat full mark ㅜ_________ㅜ
Tapi sungguh, untuk menzahirkan sesuatu yang baik, perlulah mula dari dalam
Percayalah saya sedang me'repair' hati
Kerana hati itu nadi! hati itu enjin penggerak semua naluri
Saya sedang berusaha! :') *doakan, ya?*